Part A : Syarat & Terma umum Cabaran Diet Sihat 40 Hari : Olive House X Dr Zubaidi
Cabaran Diet Sihat 40 Hari : Olive House X Dr Zubaidi (selepas ini dikenali sebagai ‘Cabaran’) adalah merupakan program kesedaran diet sihat bagi menggalakkan masyarakat untuk menurunkan berat badan secara sihat sebagai salah satu langkah pencegahan penyakit tidak berjangkit (non-communicable disease atau NCD) dikendalikan oleh OHR Marketing Sdn Bhd (selepas ini dikenali sebagai ‘Olive House’ kolaborasi bersama bimbingan pengamal perubatan am, Dr Hj Zubaidi Ahmad.
Cabaran adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas
Peserta yang mempunyai kekangan kesihatan seperti dibawah adalah tidak digalakkan untuk menyertai Cabaran ini. Sekiranya peserta meneruskan untuk menyertai program ini walaupun mempunyai masalah kesihatan adalah dibawah tanggungjawab dan risiko sendiri. Contoh kekangan kesihatan adalah seperti berikut :
Individu yang terlalu kurus BMI< 19
Individu yang sedang hamil (wanita yang menyusukan bayi masih boleh mengamalkan jika obes kerana diet ini tidak menghalang dari minum air dan tidak terlalu ketat)
Kanak kanak dibawah umur 12 tahun dan kanak kanak berumur 12-17 tahun perlu pemantauan ketat dari doktor.
Pesakit kanser yang sedang menerima rawatan ie pesakit kanser payu dara atau kolon yang menerima rawatan kemoterapi.
Individu berumur yang uzur dari segi fizikal
Individu yang ada penyakit komplikasi metabolik seperti sakit jantung, dialisis buah pinggang.
Peserta hendaklah membuat pembelian RM 300 Kit Cabaran Diet Sihat 40 Hari bagi memulakan Cabaran melalui www.olivehouse.my
BMI para peserta hendaklah melebihi atau sama dengan 23.0
Durasi program Cabaran adalah selama 40 hari bermula pada 1 Februari 2023 hingga 12 March 2023.
Part B : Syarat & Terma umum Timbangan Awal & Akhir
Peserta Cabaran akan dinilai berdasarkan PERATUS PENURUNAN BERAT BADAN.
Para peserta WAJIB untuk mempunyai satu Penimbang Digital yang hanya digunakan oleh diri sendiri (tidak di kongsi sesiapa) sepanjang program berjalan.
Timbangan awal akan diadakan sebelum bermula cabaran dimana setiap peserta adalah DIWAJIBKAN untuk menghantar informasi seperti berikut :
Gambar kaki peserta’ diatas mesin penimbang yang jelas.
Gambar peserta seluruh badan pada pandangan depan, sisi dan belakang.
Ukur lilit perut dan punggung di dalam sentimeter.
Contoh gambar adalah seperti dibawah
Peserta adalah diwajibkan untuk menghantar informasi yang sama pada timbangan akhir bagi penentuan pemenang
Part C : Syarat & Terma umum sewaktu Cabaran Diet 40 Hari : Olive House X Dr Zubaidi
Peserta disarankan untuk mengikuti pelan pemakanan dan kaedah yang dicadangkan oleh Dr Zubaidi sepanjang Cabaran ini berlangsung.
Peserta juga digalakkan untuk merekodkan perjalanan Cabaran Diet menggunakan Diari Sihat 40 Hari Saya melalui catatan bertulis dan merekod melalui video kreatif dan share di sosial media dengan menggunakan hashtag #walkthetalkolivehouse
Peserta juga digalakkan untuk menyertai aktiviti yang dilaksanakan seperti webinar Dr Zubaidi dan berkomunikasi melalui whatsapp group esklusif bersama Dr Zubaidi
Peserta tidak dibenarkan untuk mencuba diet keterlaluan seperti senaman berlebihan, pengambilan pil kurus dan dadah atau sebarang kaedah yang boleh memudaratkan badan peserta. Peserta juga tidak dibenarkan untuk melakukan sebarang penipuan sewaktu Cabaran berlangsung. Jika didapati peserta melakukan demikian, penyertaan akan ditarik balik serta merta.
Part D : Syarat & Terma umum pemenang Cabaran Diet 40 Hari : Olive House X Dr Zubaidi
Peserta yang mempunyai PERATUS PENURUNAN BERAT BADAN TERBANYAK akan menerima hadiah seperti berikut :
Tempat Pertama : RM 1000 tunai & sijil penyertaan
Tempat Kedua : RM 500 tunai & sijil penyertaan
Kesemua peserta juga berpeluang untuk memenangi RM 500 tunai & sijil penyertaan bagi Vlog Terbaik Perjalanan Cabaran Diet Sihat 40 Hari. Terma & Syarat bagi Vlog Terbaik Perjalanan adalah seperti berikut :
Peserta hendaklah memuatnaik perjalanan Video Cabaran Diet 40 hari ini di sosial media (Facebook, Instagram atau Tiktok) dengan menggunakan hashtag #walkthetalkolivehouse
Peserta boleh memuatnaik satu video atau lebih sewaktu Cabaran berlangsung
Pemenang akan dinilai mengikut kreativiti Vlog dan likes di platform sosial media
Part E : Syarat & Terma umum Cabaran Diet 40 Hari : Olive House X Dr Zubaidi
Olive House (OHR Marketing Sdn Bhd) dan Dr Zubaidi adalah berhak untuk menggunakan sebarang maklumat dan gambar peserta bagi tujuan berkaitan dengan program Cabaran ini sebelum, semasa dan selepas Cabaran. Sebarang penggunaan selain daripada Cabaran ini hendaklah mendapat kelulusan peserta.
Pihak Penganjur mempunyai hak untuk menarik balik keputusan Cabaran, mengubahsuai, memadamkan penyertaan mana-mana peserta atau menyingkirkan Peserta yang melanggar Terma dan Syarat-Syarat dalam Cabaran ini tanpa notis kepada peserta.
Keputusan penganjur adalah muktamad dan sebarang bantahan seperti kata-kata kesat, pergaduhan atau serangan individu tidak akan dilayan sama sekali.